• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

55 Penunggang Motosikal Maut Sepanjang 5 Hari Op Selamat

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut sepanjang lima hari Op Selamat yang bermula 12 Feb lalu, dengan 55 kematian dilaporkan setakat semalam.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata sehingga semalam, jumlah keseluruhan angka korban Op Selamat adalah sebanyak 85 orang daripada 75 kes kemalangan maut.

Pengguna motokar merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak 18 kematian, lima orang pejalan kaki, tiga pengguna basikal dan empat mangsa lain-lain, dengan sebahagian besar yang maut berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun.

“Setakat semalam Perak mencatatkan rekod tertinggi kemalangan yang membabitkan 17 orang, Johor (14), Selangor (13) dan Pulau Pinang (7),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Fuad berkata pihaknya memberi tumpuan kepada 60 kawasan hitam di seluruh negara termasuk di Johor 17 kawasan, Perak (12), Kelantan (7) manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing enam kawasan.

Katanya, sebanyak 87,350 saman juga dikeluarkan sepanjang lima hari berkenaan ke atas pesalah trafik yang memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan kenderaan, memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu merah.

Mohd Fuad berkata sepanjang tempoh berkenaan juga, polis melakukan sebanyak 4,899 lawatan ke rumah-rumah yang ditinggalkan kosong sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Setakat semalam, hanya 571 borang laporan balik kampung diterima dari tuan rumah. Sehubungan itu, kita meminta lebih ramai lagi tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan jika rumah mereka kosong bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd