• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Tepi Masjid Nabawi Diroboh, Harga Pakej Umrah Akan Naik?

oleh
05/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Sebanyak 26 buah hotel di kawasan utara Masjid Nabawi di bandar ini sudah diberikan notis untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek bernilai 50 bilion riyal Saudi (RM47.3 bilion) yang bakal diberi gelaran Bandar Jemaah Raja Abdullah.

Stesen penyiaran pemerintah Singapura, Channel NewsAsia melaporkan, semua hotel yang akan diruntuhkan itu termasuk beberapa buah hotel mewah yang sering digunakan jemaah haji dan umrah dari Singapura, seperti Green Palace, Oberoi dan Radisson Blue.

Ekoran kurangnya hotel untuk memenuhi permintaan jemaah umrah sepanjang tahun, Persatuan Ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) menjangkakan permintaan hotel di Madinah akan melebihi penawaran, lantas menaikkan lagi kos pakej umrah.

Pengarah Urusan TM Fouzy Travel, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Jumat, berkata: “Sebahagian besar jumlah hotel sederet dengan kubur Baqi’ telah dirobohkan dan kini di belakang Masjid Nabawi, separuh daripadanya akan dihapuskan pertengahan tahun ini.

“Apabila hotel-hotel utama di Madinah berkurangan, sudah tentu harga pakej pun mula naik dan persiapan perlu dibuat lebih awal untuk mengelak jemaah umrah daripada tidak mempunyai tempat penginapan yang selesa dekat masjid tersebut.”

Namun, ada berita baik – pihak hotel sudah dimaklumkan bahawa notis roboh pihak berkuasa Arab Saudi bagi baki hotel-hotel yang belum dirobohkan lagi di Madinah, sudah dilanjutkan sehingga selesai musim haji 1436 Hijrah pada November tahun ini.

Langkah penundaan sementara itu mungkin untuk mengelakkan kekurangan bilik hotel yang dekat dengan Masjid Nabawi secara drastik dan sebagai persediaan untuk beberapa buah hotel baharu dibina untuk siap menjelang akhir tahun 2015.

Pengurus Shahidah Travel, Rosila Salim, berkata: “Jika hotel sedia ada dapat lanjutan notis roboh itu, kami akan terus gunakan hotel sama, tetapi kami diberitahu kawasan utama di utara tidak akan kekal lama, jadi tumpuan kami sekarang adalah di kawasan selatan.”

Kawasan selatan Masjid Nabawi kini sudah pun ada beberapa buah hotel lima bintang yang akan dapat menggantikan hotel-hotel biasa, malah menjadi pilihan para jemaah umrah dan haji rantau Asia tenggara termasuk dari Malaysia selama ini.

Bagaimanapun sama ada jumlah hotel di bahagian selatan Masjid Nabawi itu cukup untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah, masih menjadi tanda tanya sehingga roboh kesemua 26 buah hotel di kawasan utara Masjid Nabawi.

Ketika itu baharulah pembinaan projek Bandar Jemaah Raja Abdullah dimulakan, diikuti pula pelan perluasan Masjid Nabawi sendiri, sekali gus kenaikan harga hotel dijangka berterusan atau mungkin melonjak lagi menjelang bulan Ramadan dan musim haji kelak.

Tags: Arab SaudihotelMadinahmasjid nabawiumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu akaun di platform Threads menggunakan nama Tamim Dahri menimbulkan persoalan apabila memuat naik rakaman...

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd