• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Beroperasi Seiring Matlamatnya – Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
20/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPU – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata 1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

“Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga nbebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya,” kata Ahmad Husni dalam kenyataan.

Pada 18 Feb, 1MDB mengumumkan hasil semakan semula strategik yang dilaksana pada Januari bahawa perniagaannya membolehkan syarikat memaksimumkan nilai untuk Kementerian Kewangan dan pada akhirnya rakyat Malaysia.

Ahmad Husni berkata setiap projek mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan dan struktur tadbir urus yang akan memastikan kejayaan pada masa depan.

Selain itu katanya, adalah amat penting bagi 1MDB menumpukan kepada usaha mempertingkat kewangannya bagi memastikan penghasilan nilai maksimum kepada ekonomi.

Dalam pelaksanaan semakan semula strategik itu, 1MDB berkata ia menyedari matlamat dan misinya untuk menjadi pelaksana strategik idea dan sumber baharu pertumbuhan serta memacu ke arah pembangunan ekonomi yang mampan di Malaysia. – BERNAMA

Tags: 1MDBAhmad Husni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd