• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Bekas Penagih Diselia AADK Ditaja Buat Umrah

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Walaupun dipatuk ular kapak empat hari sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah, Mohd Nor Adnan, tetap berpeluang meneruskan niatnya itu bersama-sama 18 lagi peserta Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah Agensi AntiDadah Kebangsaan Malaysia (AADK).

Beliau berkata walaupun masih pergelangan tangan kanannya masih bengkak, namun dirinya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius akibat patukan ular itu.

“Saya sememangnya menyimpan niat ke Makkah tapi memandangkan gaji kecil, belum pasti bila saya dapat ke sana…tetapi Allah mempermudahkan niat saya dan rasa amat bersyukur kerana dipilih,” katanya kepada media pada majlis pelepasan jemaah umrah anjuran AADK di Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbang KL (KLIA) di sini, hari ini.

Rombongan umrah itu, ditaja Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji, bagi meraikan johan Ujian Tilawah Al-Quran AADK 2014 peringkat Kebangsaan.

Selain 19 OKP itu, yang dipilih daripada kalangan 625 OKP dari daerah Baling, Kedah, turut mengiringi mereka ialah empat pegawai AADK bagi tujuan bantuan dan pemantuan OKP ketika di Tanah Suci.

Mohd Almiqdad Abdul Rashid, 24, pula berkata ia merupakan rahmat besar bagi dirinya apabila berpeluang ke Tanah Suci buat kali kedua dan memasang tekad untuk tidak lagi terlibat dengan dadah.

Beliau yang pernah ke Tanah Suci pada usia 10 tahun untuk menjalani ibadah haji, mengakui faktor kejutan budaya dan tersilap memilih kawan menjadi punca beliau terjebak dengan dadah.

“Saya belajar di sekolah agama yang terkenal di Alor Setar dan kemudian memasuki sekolah menengah di Baling ketika berada di Tingkatan Tiga, ketika itulah ia menjadi kejutan budaya buat saya,” katanya.

Terbabit dengan dadah selama empat tahun, Mohd Almiqdad berharap masyarakat mampu menerima dirinya semula dan bersama-sama membimbingnya dan mereka yang senasib dengannya untuk kembali ke jalan benar.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Jasri Kassim berkata program berkenaan merupakan anjuran kali pertama agensi terbabit dalam usaha memberi sokongan dan dorongan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan akibat dadah.

“Kita mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan dengan penajaan pihak luar kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh AADK bagi meningkatkan tahap kesedaran OKP,” katanya.

Beliau berakta 19 OKP yang dipilih adalah berdasarkan kepada tahap pemulihan dan komitmen mereka terhadap program anjuran AADK Baling. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=XsOtEAOIpyE

Tags: AADKumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd