• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

177 Peniaga Dikompaun Gagal Patuhi Skim Kawalan Harga

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 177 peniaga di seluruh negara dikompaun berjumlah RM22,364 kerana gagal mematuhi skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baharu Cina dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, sejak skim itu dilancarkan 14 Feb lepas sehingga semalam, KPDNKK telah melakukan pemeriksaan terhadap 51,835 premis perniagaan borong dan runcit dengan nilai rampasan lebih RM10,900.

“Kesalahan yang dilakukan ialah gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu, menjual melebihi harga maksimum dan tidak meletakkan tanda harga,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan harga di Pasar Awam Melaka Sentral, di sini hari ini.

KPDNKK menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 12 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina bermula 14 Feb sehingga 25 Feb ini.

Beliau berkata sebanyak 157 kesalahan dikesan kerana gagal mempamerkan tanda harga khas merah jambu manakala kesalahan menjual melebihi harga maksimum adalah sebanyak lima kes dan tidak meletakkan tanda harga sebanyak 15 kes.

Mohd Roslan berkata, Selangor mencatatkan kes paling tinggi dengan 37 kes, diikuti Perak (33 kes), Kelantan (32 kes), Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 15 kes, Kedah dan Terengganu masing-masing 12 kes, Kuala Lumpur (enam kes), Negeri Sembilan dan Johor masing-masing empat kes, Sarawak (tiga kes), Perlis ( dua kes) dan Putrajaya dan Sabah masing-masing satu kes.

Terdahulu, dalam lawatan itu sebanyak tiga peniaga dikompaun kerana tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu.

“Peniaga-peniaga ini saya dapati kurang peka tentang kewajipan meletakkan tanda harga.

“Penguat kuasa KPDNKK tidak bertolak ansur terhadap isu ini kerana tujuan kami adalah untuk membezakan harga biasa dengan harga barang yang tertakluk di bawah skim kawalan harga agar orang ramai tahu,” kata Mohd Roslan.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa juga akan sentiasa membuat pemantauan di pasar dan premis perniagaan lain sehingga tempoh skim kawalan harga itu berakhir. – BERNAMA

Tags: KPDNKKpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd