Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

SPR Jangka 70% Peratusan...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan pengundi sekitar 70 peratus...

Ismail Mulakan Tugas Hari...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ismail Bakar hari ini memulakan hari pertamanya sebagai...

Jonathan Intai Slot 100M...

SEPANG – Bekas anak didik Watson Nyambek, Jonathan Nyepa optimis beliau akan disenaraikan oleh  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)...

TH Agih Hibah 1.25%,...

MENTERI jaga agama telah mengumumkan hibah Tabung Haji bagi tahun 2018 semasa memberi...

13 Kaki Judi Ditahan Dalam Ops Dadu Daerah Hilir Perak

TELUK INTAN – Sebanyak 13 kaki judi ditahan dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dalam Ops Dadu di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam serbuan pertama pada Isnin lepas, polis menahan dua lelaki berumur 36 dan 46 tahun yang sedang leka berjudi di sebuah pelantar ikan di Sungai Tiang, Bagan Datoh dekat sini pada pukul 10.30 malam.

“Polis merampas wang tunai sebanyak RM14,970 serta beberapa peralatan perjudian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau kata dalam serbuan kedua pula di sebuah rumah di Kampung Goh Ong, Langkap, polis telah menahan 11 lelaki berumur lingkungan 30 hingga 63 tahun yang sedang berjudi pada pukul 6.30 petang semalam.

Katanya, polis turut merampas wang tunai RM270 dan peralatan judi.


“Kesemua mereka dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Mohd Shuhaily turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti itu kerana tindakan tegas akan diambil.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil melaporkan perkara itu bagi membanteras kegiatan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori