• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Bot Sumbangan AS Akan Perkukuh Kawalan Keselamatan Di ESSCom

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan diperkukuhkan lagi dengan penambahan 12 bot sumbangan kerajaan Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata sumbangan bot itu merupakan antara beberapa persetujuan yang dimeterai oleh Malaysia dan Amerika Syarikat ketika lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia tahun lalu.

“Hasil daripada lawatan Obama ke Malaysia itu, persetujuan telah dicapai dengan Malaysia berkait hubungan komprehensif dan kini sedang diperinci untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kem Tentera di Pulau Berhala dekat sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata bot tersebut masih dalam proses diubah suai yang dilakukan di Malaysia dan Amerika Syarikat agar sesuai digunakan di kawasan ESSCom.

Katanya kerajaan berharap dapat menerima bot tersebut dalam masa terdekat ini bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan timur Sabah.

Beliau berkata penambahan bot sumbangan kerajaan Amerika Syarikat itu antara langkah diambil kerajaan bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di timur negeri ini menerusi ESSCom.

Menurutnya ia tidak hanya melibatkan penambahan anggota di setiap pos kawalan di kawasan penting tetapi juga membabitkan penghantaran aset tertentu.

Mengenai kawalan keselamatan di Lahad Datu, Rahim berkata kerajaan telah mengenal pasti satu kawasan di Felda Sahabat untuk dijadikan kawasan penempatan tetap anggota tentera.

Katanya ia turut membabitkan pengambilalihan beberapa kemudahan dan bangunan Felda.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kudat berkata tumpuan turut diberikan bagi membina sebuah Kem Tentera di Kudat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Kita berharap dalam RMK-11 akan dapat peruntukan mewujudkan sebuah kem tentera di Kudat bagi pertahanan dan pengawalan menyeluruh di ESSCom,” katanya. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd