• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Berdarah Vincennes, Ragut 5 Lagi Nyawa Di Paris!

oleh AK-47
11/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Perancis François Hollande mengesahkan seorang suspek maut manakala empat tebusan terkorban dalam insiden di pasaraya mini Kosher di Porte de Vincennes, timur Paris, pada Jumaat.

https://www.youtube.com/watch?v=hISqLRi2w28

Ini bermakna 16 nyawa telah melayang di Paris pada minggu ini, tidak termasuk 3 suspek penyerang yang ditembak mati polis Perancis, bermula dengan serangan berdarah ke atas majalah Charlie Hebdo pada Rabu lalu.

Ironinya, serangan dilakukan penyerang dipercayai puak ekstremis agama; berpunca daripada perasaan marah terhadap sebuah penerbitan yang meremehkan soal sensitiviti umat Islam.

Susulan tragedi ini, Hollande memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni tanpa gusar insiden serupa berulang lagi.

Pada masa sama Hollande yang menyifatkan kejadian di pasaraya Vincennes sebagai ‘serangan anti-semitik yang menakutkan’ menyeru masyarakat agar bersatu menolak sifat rasis dan anti-semitik.

Beliau turut menyeru rakyat Perancis untuk turun beramai-ramai pada satu perhimpunan Ahad ini bagi menyatakan kesatuan terhadap nilai demokrasi, kebebasan dan pluralisme di negara tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan Hollande dipetik Kementerian Dalam Negeri di laman mikro Twitter bersama peringatan, tindakan pihak yang bertanggung jawab dalam insiden berdarah tersebut tiada kena mengena dengan agama Islam.

Status Twitter dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Perancis yang menggesa insiden serangan berdarah di Paris minggu ini tidak dikaitkan dengan agama Islam.
Status Twitter dimuatnaik Kementerian Dalam Negeri Perancis sebagai peringatan bahawa insiden serangan berdarah di Vincennes tidak mmpunyai kaitan dengan agama Islam.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Tags: Charlie Hebdo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Mengutuk Keras Ucapan Benci, Fitnah Islam

28/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka terhadap umat Islam sambil mengutuk keras tindakan retorik...

Malaysia Kecam Charlie Hebdo Terbit Semula Karikatur Rasulullah

27/10/2020
0

PUTRAJAYA - Malaysia mengecam tindakan akhbar mingguan Satira Perancis, Charlie Hebdo yang mahu menerbitkan semula karikatur Nabi Muhammad SAW. Berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd