• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Misteri Kematian Elisa Lam Yang Belum Terungkai

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEHINGGA hari ini, misteri kematian pelajar Universiti Vancouver, Elisa Lam pada Januari 2013 di Hotel Cecil, Los Angeles di Amerika Syarikat masih belum terungkai.

Mayatnya ditemui dalam satu daripada empat tangki tertutup di atas bumbung bangunan hotel itu, dua minggu selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya.

ELISA

Penemuan itu susulan rungutan penghuni hotel yang mengadu air paip yang keluar berbau hanyir dan mengandungi ketulan-ketulan hitam.

Pekerja bahagian penyelenggaraan yang dihantar oleh pihak pengurusan hotel kemudiannya terkejut apabila menemui mayat Elisa yang tenggelam di dalam tangki itu.

Persoalannya, bagaimana gadis itu boleh naik ke bumbung hotel sedangkan hanya pihak tertentu yang memiliki kad akses sahaja boleh melepasinya?

Andaian bahawa Elisa berada di bawah pengaruh dadah juga tidak benar selepas ujian dilakukan ke atas mayatnya.

Ramai masih tertanya-tanya mengenai kelakuan pelik Elisa pada malam sebelum dia dilaporkan hilang menerusi rakaman kamera pengawasan.

Gadis itu seolah-olah ingin melarikan diri daripada seseorang dengan masuk ke dalam lif.

Namun, percubaannya untuk menutup pintu lif tidak berjaya kerana ia langsung tidak tertutup.

Elisa Lam dirakam seolah-olah cuba melarikan diri daripada seseorang, namun pintu lif tidak dapat ditutup.
Elisa Lam dirakam seolah-olah cuba melarikan diri daripada seseorang, namun pintu lif tidak dapat ditutup.

Elisa kemudiannya keluar dari lif dan dilihat seolah-olah bercakap dengan seseorang sebelum beredar.

Dua tahun selepas kematiannya, ramai mengaitkan kematian gadis itu dengan ‘badi’ beberapa kejadian pembunuhan dan juga bunuh diri yang pernah berlaku di hotel itu sejak tahun 1927.

Hotel Cecil juga pernah menjadi markas pembunuh bersiri yang merompak, merogol dan membunuh 13 mangsanya di salah sebuah bilik di situ sebelum diberkas.

Biarpun kes Elisa diklasifikasikan sebagai kemalangan, pihak berkuasa masih tidak dapat menjawab pertanyaan dengan siapa dia berbicara di luar lif pada hari kematiannya selepas dua tahun berlalu. Wallahu a’lam… – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Misteri Anak Patung Berwajah Seram Bergerak Sendiri Ditemui)

https://www.youtube.com/watch?v=4dYHzblg84A

Oleh: ELZA

Tags: gadiskematianMisterivideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

10/11/2025
0

Subang Jaya: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan beberapa video tular di media sosial yang didakwa mengaibkan anggota Unit Rondaan...

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd