TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dicadangkan parti DAP sebagai tidak perlu diadakan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini turut menentang idea pelaksanaan pilihan raya berkenaan tetapi ditempelak DAP yang juga sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Bagi saya ini adalah muktamad. Sudah ada sejarahnya kenapa keputusan telah dibuat di mana tidak ada pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan,†katanya.
BACA JUGA – Pemimpin PKR  Sokong DAP, Anggap Hadi Awang Mengarut
Menurut Muhyiddin dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, sudah ada keputusan mahkamah yang telah menolak cadangan diadakan pilihan raya sebegitu.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
“Jadi atas sebab itu tak harus ada satu debat. Tapi yang seronoknya dalam Pakatan sendiri dia tak setuju.
“DAP kata gitu, PAS kata begini. Jadi mungkin dia kena selesaikan di peringkat dia sendiri.
“Di sudut kerajaan saya tak fikir perkara itu sesuai. Nak dikatakan tak ada demokrasi sebab tak ada pilihanaya di peringkat PBT itu adalah tidak betul.
“Negara kita adalah antara negara yang paling demokratik. Bukan saja dengan sistem pilihan raya yang ada seperti parlimen ataupun dewan negeri,” kata Muhyiddin.
Beliau turut menganggap Malaysia lebih demokratik dan terbuka jika dibandingkan dengan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
“Kita tahu apa yang telah kita laksanakan sejak Merdeka,†katanya.
Menurut Muhyiddin, ketika ini pihak kerajaan pusat banyak memberi bantuan kepada PBT selain kerajaan negeri.
“Apakah bermakna bila nak diadakan pilihanraya di peringkat PBT bermakna segala urusan yang berkaitan dengan kerajaan tempatan itu akan diuruskan oleh PBT sendiri?
“Contohnya belanjawannya. Sebahagian besar PBT keadaan kewangan mereka dalam keadaan defisit…kecuali bandaraya. Jadi kalau tak ada bantuan dari Kerajaan Pusat mungkin mereka akan terus berada dalam keadaan defisit.
“Jadi, soal yang timbul, kalau nak buat pilihan raya sendiri adakah bermakna dia (PBT) nak jadi autonomi. Kalau ya, dia kena cari jalan untuk ada kewangan sendiri dan antara jalan ialah dengan menaikkan kadar cukai, cukai pintu, cukai lesen,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC
Video Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Berkenaan Pilihan Raya PBT

