• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Kesal Kempen Media Jatuhkan Bola Sepak Johor

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Adakah Johor bukan sebahagian daripada Malaysia pada pandangan sebahagian ketua editor media cetak dan elektronik di negara ini?.

Itu persoalan dikemukakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas ketua editor dan produser media yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan bola sepak negeri itu selama ini.

TMJ bertitah, baginda kecewa dengan sikap ketua editor dan produser media terbabit yang sering menyampaikan berita-berita negatif yang dilakukan Johor untuk pembangunan bola sepak tempatan.

“Kami mendapat liputan yang lebih baik daripada media asing berbanding media negara sendiri. Sebagai contoh, usaha kami untuk meningkatkan pembangunan bola sepak tempatan disampaikan secara meluas oleh rangkaian televisyen Jepun.

“Sedangkan dalam masa yang sama pula kami terus diserang dan dijadikan sasaran sebaliknya oleh sesetengah media tempatan,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.

TMJ bertitah, media tempatan lebih gemar melaporkan berita tentang perkara remeh membabitkan bola sepak Johor berbanding kerjasama bola sepak Johor dengan pasukan Borussia Dortmund dan Manchester City serta bantuan Persatuan Bolasepak Negeri Johor kepada mangsa banjir di pantai timur.

Justeru, baginda turut mempersoalkan sama ada wujud kempen dalam kalangan media untuk menjatuhkan bola sepak negeri itu kerana tidak menerima sebarang penganugerahan pangkat Datuk daripada keluarga Diraja Johor.

“Sikap tidak profesional seperti inilah merupakan antara faktor negara kita tidak akan maju,” titah baginda. – mynewshub.cc

Tags: JDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd