• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Tak Berhati Perut! Budak Dilibas Rotan Bertubi-Tubi

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK berperikemanusiaan!

Satu klip video berdurasi enam saat menimbulkan berang dalam kalangan warga siber apabila ia memaparkan seorang wanita didakwa pengasuh, merotan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

Sudahlah begitu, bukan sekali dua libasan yang singgah di tubuh kecil budak perempuan malang dalam rakaman di bawah.

 

Walaupun kanak-kanak tersebut menjerit dan meraung, namun wanita tersebut terus melibas rotan ke kawasan bahu dan tubuh sehingga kanak-kanak itu mengengsot ke belakang, cuba mengelak dari disakiti.

Rata-rata pengguna melahirkan rasa marah dan kesal dengan tindakan wanita terbabit hinggakan ada yang melemparkan kata-kata kesat kerana terlalu geram.

Untitled (4)

Namun, satu komentar yang ditinggalkan oleh pemilik akaun Arman Sariman mendakwa, kejadian tersebut bukanlah terjadi di Malaysia sebaliknya Korea.

Dia yang merujuk kepada satu laporan disiarkan media di Singapura menambah, teknik merotan memang diaplikasikan di sana bagi menerapkan disiplin tinggi terhadap golongan kanak-kanak.

Namun demikian, kebanyakan ibu bapa di sana sedang melakukan petisyen bagi menghalang tindakan tersebut kerana dianggap melampaui normaliti dalam mendidik.

Tulis Arman, “Ni kat Korea, hari tu news dekat Singapore keluar… Atas terapkan disiplin yang tinggi kepada anak-anak di Korea, pengasuh macam gini.

“Sekarang ibu bapa di Korea dah tak boleh tahan lagi, mereka buat petition agar perkara ini diberhentikan secepat mungkin.”

Sebenarnya, merotan dalam konteks mendidik tidak salah, namun banyak pihak menyalahgunakan hukuman tersebut sebagai medium untuk ‘menghukum’ dan terbawa-bawa emosi marah ketika menggunakan rotan, lantas kesannya menjadi besar.

Kesimpulannya, merotan secara melampaui batas bukan sahaja menyebabkan kesan fizikal, malah lebih parah, turut mengakibatkan trauma secara mental dan mampu memberi kesan pada tumbesaran individu kecil yang menjadi mangsa.

Datuk_Rohani_Abdul_Karim15_840_559_100

Akhir-akhir ini, isu rotan memang menjadi antara topik perbualan hangat terutama dalam kalangan ibu bapa dan golongan dewasa.

Ia susulan pengumuman dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Kabinet Jun depan.

Menurut menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim, andai ia diluluskan, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah. -MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Derakanak-kanakKorearotan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Bom’ Tandas Gara-Gara Seekor Lipas

Next Post

Lambakan Beras Disebabkan Tak Ikut Spesifikasi Gred

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Lambakan Beras Disebabkan Tak Ikut Spesifikasi Gred

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd