TAIWAN – Sebuah taman tema seks yang pertama di Taiwan akan dibuka. Ia dibina bagi tujuan pelancongan di kawasan 37 batu sepanjang pantai.
Taman berkenaan yang akan digelar Romantic Boulevard, akan menampilkan pintu gerbang berbentuk hati, gereja kaca dan taman luar yang dipenuhi dengan patung erotik.
Dengan berbuat demikian, ia dikatakan dapat menjadikan pelancong jatuh cinta dengan negara tersebut.
Romantic Boulevard yang masih dalam fasa awal pembinaan itu juga merancang untuk memasukkan kawasan bagi pasangan kekasih merakamkan potret perkahwinan mereka di situ.
Bagaimanapun bukan semua orang yang gembira dengan cadangan berkenaan termasuk penduduk setempat.
Namun ia tidak diendahkan kerana pembinaan taman seks itu untuk menarik pelancong dan menjana pendapatan.
https://www.youtube.com/watch?v=dWsVgYOmjv0