SUAMI kepada pengarah popular Erma Fatima iaitu Bade Hj Azmi mengakui kehidupan berpoligami memang sukar namun ia masih terkawal buat dirinya.
Menurut Bade, dia masih lagi belajar untuk mengatasi segala masalah agar sentiasa berlaku adil kepada kedua-dua isteri dan keluarga mereka.
“Ia bukan mudah untuk menyatukan dua keluarga, tetapi tidak bermakna saya akan patah semangat dan mengabaikan tanggungjawab saya terhadap isteri-isteri saya dan anak-anak,” katanya memetik portal Murai.
Bade bernikah dengan isteri kedua, Aida Abdul tahun lalu dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jihad yang kini berusia sebulan.

Bersama Erma, pasangan itu mempunyai lima anak angkat, tiga lelaki dan dua perempuan yang dibela mereka sejak kecil. -MYNEWSHUB.CC



