Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Pencemaran: Dakwaan Racun Sianida...

PASIR GUDANG - Kerajaan negeri masih belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan racun...

Persidangan Bukan Untuk Sentuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan penganjuran Sidang Kemuncak...

Ramai Bayi Lahir Lebih...

SYDNEY - Kajian terkini di Australia mendapati ramai bayi di negara itu mempunyai...

Syarikat AS Diharap Raih...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat...

SPAD Siasat Kemalangan Bas Korban Lapan Nyawa

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas pemandu dan syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi ini.

SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu, siasatan itu akan dilakukan dengan kerjasama pihak  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“SPAD merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan penumpang yang cedera. SPAD akan meneliti dengan segera segala dokumen berkaitan pengurusan pemandu dan penyelenggaraan bas tersebut.

 “Selain itu, pihak SPAD akan memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan,” kata kenyataan itu hari ini.

SPAD turut menegaskan semua pengendali bas perlu sentiasa memberi penekanan serius dalam semua aspek keselamatan termasuk pimpinan pengurusan keselamatan, pengurusan kenderaan, pemandu, rekod dan risiko perjalanan bagi mengutamakan keselamatan setiap perjalanan.


Media hari ini melaporkan kemalangan yang berlaku di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi mengorbankan lapan orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran maut.

Bas berkenaan yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju Genting Highlands dilapor cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sehingga menyebabkannya terbabas ke dalam parit dan terbakar.

Seramai 22 penumpangnya turut cedera.

https://www.youtube.com/watch?v=fDXzG_x4jQE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori