• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Pekerjaan Sedia Dilancar Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Skim insurans pekerjaan yang dicadang bertujuan membantu pekerja yang diberhentikan dijangka dibentang di Parlimen untuk kelulusan pada Mac tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kertas Kabinet mengenai cadangan itu akan dibincang pada mesyuarat Kabinet yang dijadual diadakan hujung bulan ini.

“Pada asasnya, ia menawarkan manfaat tambahan untuk pekerja yang tidak dilindungi di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui sumbangan daripada majikan dan pekerja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Riot menyerahkan cek berjumlah RM7,165.47 kepada sembilan penerima dan dua kerusi roda kepada dua penerima yang dilindungi di bawah skim Perkeso.

Skim insurans pekerjaan diumum semasa pembentangan Bajet 2015 tahun lepas, dengan cadangan untuk memberi bantuan saraan sementara, latihan semula dan mempertingkat kemahiran bagi pekerja yang akan diberhentikan oleh majikan mereka.

Sementara itu, Riot berkata semakan skim gaji minimum telah selesai dan dijangka akan diumumkan pada tahun ini selepas mendapat persetujuan Kabinet.

“Apa yang boleh saya beritahu sekarang ialah terdapat sedikit perubahan, akhirnya majikan dan pekerja telah bersetuju selepas saya bertemu wakil daripada Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan pada Selasa lepas (6 Jan),” katanya tetapi enggan mengesahkan sama ada skim gaji minimum itu akan lebih tinggi daripada skim sekarang.

Gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata Perkeso akan mengembangkan operasinya di Sarawak dengan membuka pejabat di Mukah dan Limbang pada tahun ini.

“Pejabat Perkeso Mukah akan beroperasi pada 2 Mac 2015 manakala di Limbang dijangka dibuka pada 15 April 2015. Pada masa ini Perkeso mempunyai tujuh pejabat di Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Insuranspekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd