• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sirul Masuk Penjara Paling Teruk Rekod Hak Asasi Di Australia

oleh
25/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan telah dipindahkan ke sebuah penjara dengan kawalan paling ketat di pinggir bandar raya ini oleh pihak berkuasa Australia lewat Jumaat, menurut stesen penyiaran Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Sirul dilaporkan dibawa masuk ke Villawood Immigration Detention Centre, sebuah penjara kontroversi dengan keselamatan maksimum yang dibuka sejak 1976 dan terkenal memiliki rekod hak asasi manusia terburuk berbanding pusat tahanan biasa.

Pendedahan ABC itu sekali gus menafikan beberapa laporan media tempatan yang memetik sumber Wisma Putra di Putrajaya pada Jumaat kononnya mendakwa Sirul telah dibebaskan oleh pihak imigresen Australia untuk dibawa balik ke Malaysia.

Penjara Villawood lazimnya menempatkan tahanan kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa dibenarkan visa atau pendatang asing tanpa izin selain pencari suaka politik antarabangsa yang mahu berhijrah ke Australia atau transit ke negara ketiga lain.  

Sirul Azhar, 43, disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantunya Shaariibuu pada 2008 bersama-sama dengan rakannya, Azilah Hadri setelah Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 13 Januari lalu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney dikenali memiliki rekod layanan hak asasi manusia paling buruk dan kontroversi berbanding sistem penjara biasa di Australia. – Gambar hiasan
Villawood yang dibuka sejak 1976 sudah beberapa kali menerima kritikan badan hak asasi dari seluruh dunia ekoran layanan buruk ke atas tahanan imigresen lebih teruk daripada peraturan minimum antarabangsa. – Gambar hiasan

Tertuduh gagal hadir pada hari keputusan itu diumumkan menyebabkan mahkamah mengeluarkan perintah penangkapan dan memohon bantuan kerajaan Australia untuk membawa tertuduh balik ke Malaysia bagi menjalani hukuman mati.

Dia dilaporkan sudah lama berada di Australia dan menetap bersama ahli keluarganya di Ipswich, barat Brisbane, Queensland sejak beberapa bulan selepas masuk menggunakan pasport dan visa sah pada tahun lalu.

Penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia hanya bertindak menahan Sirul  Selasa lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mewartakan notis merah untuk penahanan tertuduh di luar negara asal.

Namun, Australia enggan mengekstradisi Sirul balik ke tanah air kerana undang-undang negara berkenaan tidak membenarkan penghantaran pulang tertuduh bagi menjalani hukuman mati kecuali Malaysia memberi jaminan hukuman itu tidak dilaksanakan.

Jabatan Peguam Negara Australia juga setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk ekstradisi daripada kerajaan Malaysia dan jika berlaku sekali pun, proses dijangka mengambil masa amat lama sebelum diberi kelulusan. – Agensi

Tags: AltantuyaAustraliaImigresenkomandoPenjarapolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perodua Myvi VS Proton Iriz.. Mana Satu Lagi Ngam?

Next Post

Alwi Ibrahim Dilantik Ketua Setiausaha KDN

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Alwi Ibrahim Dilantik Ketua Setiausaha KDN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd