• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sirul Azhar Ditahan Imigresen Australia Di Queensland

oleh AK-47
22/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERTUDUH kes bunuh Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah ditahan pegawai Imigresen Australia di Queensland.

Agensi berita ABC News hari ini melaporkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu kini diletakkan di bawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas INTERPOL mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Notis merah oleh INTERPOL bermaksud usaha untuk mengesan individu dikehendaki akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa dengan tujuan untuk mengekstradisi.

BACA JUGA – INTERPOL Keluar Notis Merah Buru Sirul Azhar Umar 

Gambar dan butiran peribadi tertuduh kes pembunuhan Altantuya, Sirul Azhar di laman web INTERPOL.
Gambar dan butiran peribadi tertuduh kes pembunuhan Altantuya, Sirul Azhar di laman web INTERPOL.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lepas memaklumkan akan bekerjasama dengan INTERPOL untuk memburu Sirul, selepas satu permohonan ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul berada di Australia sejak Oktober tahun lepas, setelah ke negara tersebut sebagai seorang yang bebas selepas Mahkamah Rayuan melepaskannya dan seorang lagi bekas anggota UTK Azilah Hadri daripada tuduhan.

Difahamkan, Sirul tidak cuba melarikan diri ketika ditahan pihak Imigresen Australia.

Penahanan Sirul itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut beliau, Sirul ditahan pada pagi semalam.

“Dia sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen negara itu.

“Kami akan menghubungi rakan sejawat di Australia untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya Khalid menurut laporan Mstar Online.

Minggu lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan hukuman gantung sampai mati kepada kedua-dua tertuduh kes berkenaan.

-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=iGdg97s1eUA

Tags: AltantuyaJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd