• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Palsu Kad Kredit Antarabangsa Tumpas

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa dengan menahan tiga lelaki warga tempatan dalam dua serbuan di Cheras dan Bukit Bintang, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihaknya juga turut merampas 109 kad kredit palsu dan peralatan memproses kad berkenaan.

Kegiatan sindiket itu berjaya dibongkar apabila semua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 33 tahun itu, dikesan membuat pendaftaran masuk di sebuah hotel di ibu negara dengan menggunakan kad kredit palsu, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

“Bertindak dari aduan pihak hotel pada Isnin lepas, polis telah membuat serbuan pertama pada 10.45 pagi semalam, di sebuah sebuah unit pangsapuri di Batu 9, Cheras, dan menahan dua lelaki dipercayai ahli sindiket itu.

“Turut dirampas dalam serbuan itu sejumlah 109 keping yang disyaki kad kredit palsu, kad plastik putih berjumlah 2,625 keping dan beberapa peralatan memproses kad, termasuk masing-masing satu mesin cetak timbul, mesin percetakan kad kredit, monitor jenama Asus,” katanya .

Tajudin berkata rumah tersebut dipercayai dijadikan tempat menjalankan aktiviti pemalsuan kad kredit.

Beliau berkata susulan beberapa jam selepas penahanan dua suspek berkenaan, polis telah menahan seorang lagi suspek lelaki di premis menjual telefon bimbit di Jalan Bukit Bintang di sini.

Beliau berkta ketiga-ketiga suspek yang bekerja sendiri itu dipercayai telah menjalankan kegitatan pemalsuan kad kredit tersebut sejak dua tahun lepas.

“Kad-kad kredit yang dipalsukan merupakan kad-kad bank di luar negara, yang mempunyai nombor akuan yang digunakan oleh bank-bank asing,” katanya.

Beliau berkata setiap kad yang digunakan suspek itu boleh membuat transaksi sehingga RM5,000.

Tajudin berkata polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini mempunyai jaringan ahli di luar negara dan pihaknya sedang menunggu pengesahan dari bank pengeluar kad berkenaan.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman mulai semalam hingga Sabtu ini.

Menyentuh perkembangan insiden letupan bom di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang pada 9 Okt tahun lepas, katanya pihaknya belum mendapat petunjuk baharu untuk mengesan wajah suspek utama, seorang lelaki berusia 40-an.

“Walaupun kita sudah membuat sebaran media mengenai suspek berkenaan berdasarkan daripada empat kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat orang ramai…gambaran suspek itu tidak banyak membantu,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing.

Polis percaya kejadian itu merupakan cubaan membunuh yang bermotifkan persaingan aktiviti haram ke atas seorang lelaki kerana penglibatannya dalam aktiviti perjudian haram. – BERNAMA

Tags: sindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd