• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shabery Cheek Jumpa Warga Kementerian Isnin Ini

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan satu perjumpaan khas di kementeriannya bagi membincangkan aspek-aspek keselamatan di pejabat terutamanya untuk pekerja wanita, Isnin ini.

Perjumpaan yang akan melibatkan semua kakitangan kementerian itu diadakan susulan kejadian serangan ke atas seorang pekerja wanita oleh seorang pekerja penyelenggaraan lelaki di bangunan kementerian terbabit lewat petang semalam.

Ahmad Shabery hari ini meluangkan masa melawat mangsa, Siti Maisarah Mohd Saad, 30, yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya akibat kecederaan teruk di muka dan kepala akibat serangan itu.

“Kita mahu jaminan keselamatan yang lebih kukuh di masa akan datang dan prosedur operasi standard (SOP) akan dikaji semula bagi memperbaiki tahap keselamatan para pekerja di kementerian,” katanya kepada media di sini hari ini     Katanya penambahbaikan SOP terbabit adalah penting terutama untuk memastikan pekerja wanita merasa lebih selamat menjalankan tugas mereka lebih-lebih ketika terpaksa menjalankan tugas lebih daripada waktu biasa.

Ahmad Shabery berkata serangan ganas ke atas wanita merupakan satu kejadian yang dianggap kejam terutamanya apabila kejadian berlaku di dalam bangunan pejabat.

“Pejabat sepatutnya tempat yang lebih selamat berbanding jenayah yang biasanya berlaku di jalan raya atau tempat letak kereta.

Kita berharap segala bentuk siasatan akan dibuat oleh pihak berkuasa dan mereka yang terlibat diambil tindakan sekeras-kerasnya, katanya.

Suspek yang berusia 30-an telah ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd