• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Pemukiman Menteri Luar Asean Bermula

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri-Menteri Luar Asean memulakan pemukiman mereka hari ini dengan memberi fokus antara lain terhadap langkah untuk memacu agenda Asean ke hadapan, terutamanya dalam konteks pembinaan Komuniti Asean.

Pada pemukiman itu, Malaysia akan turut berkongsi dengan negara anggota lain tentang lapan keutamaannya bagi Asean selaku pengerusi perkumpulan itu tahun ini, di rantau yang dilihat sebagai mempunyai ekonomi yang bertenaga dan keadaan politik yang stabil.

Pertikaian perairan di Laut China Selatan yang menyaksikan memuncaknya ketegangan tahun lepas dan dianggap sebagai isu yang rumit bagi rantau ini, juga dijangka dibincangkan dengan mendalam.

Pemukiman ini diadakan pada masa yang sangat penting ketika perkumpulan serantau 10 anggota itu berusaha keras ke arah pewujudan Komuniti Asean menjelang akhir tahun ini, yang terdiri daripada tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia pada sesi pemukiman itu, yang diadakan di Magellan Sutera Harbour Resort di sini.

Semua Menteri Luar Asean menghadiri pemukiman berkenaan iaitu Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (Brunei Darussalam), Hor Namhong, (Kemboja), Retno L.P.Marsudi (Indonesia), Dr Thongloun Sisoulith (Laos), U Wunna Maung Lwin (Myanmar), Albert F del Rosario (Filipina), K.Shanmugam (Singapura), TanasakPatimapragorn (Thailand) dan Pham Binh Minh (Vietnam).

Selain menteri luar negara anggota Asean, pemukiman itu turut dihadiri Setiausaha Agung Asean, Le Luong Minh.

Lapan keutamaan yang diketengahkan Malaysia adalah untuk mewujudkan secara rasmi Komuniti Asean, membentuk Wawasan Komuniti Asean dan Dokumen

Pengiringnya, membawa Asean lebih dekat kepada rakyat, memperkukuhkan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta memperluaskan perdagangan dan pelaburan intra-Asean menerusi pelaburan dan perdagangan rentas sempadan.

Selain itu, turut menjadi keutamaan Malaysia adalah memperkukuhkan Institusi Asean, menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau menerusi kesederhanaan dan mempertingkatkan peranan Asean sebagai penggiat global.

Menurut aturcara yang diedarkan kepada media, sidang akhbar dijadual diadakan tengah hari ini di akhir pemukiman itu.

Menteri berkenaan juga dijadual mengunjungi Pulau Gaya sebelum menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Anifah di Gayana Eco Resort.

Pemukiman itu didahului Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap (CPR) pada Isnindan Mesyuarat Pegawai Kanan Asean (SOM) serta mesyuarat Kumpulan Kerja Majlis Penyelarasan ASEAN keempat (ACCWG) berkaitan Wawasan Komuniti Asean Pasca-2015 semalam.

Keseluruhannya, kira-kira 200 perwakilan dari 10 negara Asia Tenggara yang keseluruhan penduduknya berjumlah lebih 600 juta orang dijangka menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean dan beberapa mesyuarat persediaan lain dari 26 hingga 28 Jan.

Pemukiman menteri luar itu adalah yang pertama dalam siri mesyuarat Asean dengan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini.

Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi Asean pada 1 Januari daripada Myanmar.

Wawasan Malaysia sepanjang menjadi pengerusi dengan tema ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ ialah mewujudkan Asean berpaksikan rakyat membabitkan semua sektor masyarakat dalam aktiviti kumpulan serantau itu.

Perkumpulan Asean dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd