• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Sampel Epal Akan Dikaji Kesan Bakteria Listeriosis

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Kesihatan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel semua buah epal yang diimport bagi menjalankan ujian mengesan bakteria Listeriosis.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian tersebut dijalankan bagi memastikan bakteria itu tidak menular di negara ini.

“Saya telah arahkan bahagian tersebut untuk buat pemeriksaan dan mengambil sampel buah epal terutamanya di kawasan Sibu dan Kuching di Sarawak.

“Keputusan ujian akan dapat dalam tempoh dua hingga tiga hari. Namun proses ini akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di sini, Ahad.

Laporan media pada Ahad menyatakan mengenai dua jenis epal iaitu ‘Gala’ dan ‘Granny Smith’ dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki tercemar dengan bakteria tersebut disekat daripada memasuki negara ini.
Dr Subramaniam berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai jangkitan bakteria itu dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kita juga masih menunggu maklumat mengenai ketibaan kontena dan kapal yang membawa epal ini dari AS ke Malaysia.

“Apabila kontena itu sampai nanti, baru kita boleh dapat tahu sama ada buah epal berkenaan berisiko tinggi membawa bakteria itu,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak risau mengenai bakteria tersebut kerana pihaknya akan memantau perkara ini setiap masa. – mStar Online

Tags: epalKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd