• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Scomi Energy Perolehi Kontrak Bernilai RM300 Juta

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit perkhidmatan medan minyak Scomi Energy Services Bhd’s (SESB) telah memperoleh kontrak bernilai RM300 juta dalam tempoh tiga bulan lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, SESB berkata semua kontrak itu membabitkan usaha penggerudian bahan cecair serta perkhidmatan pengurusan sisa penggerudian di Australia, Pakistan, India, Afrika Barat dan rantau Asia Pasifik.

“Secara keseluruhannya, nilai kontrak diperolehi SESB dalam tempoh tiga bulan lepas adalah melebihi RM475 juta selepas unit logistik marin kami mendapat kontrak perjanjian tambang muatan kapal bernilai RM175 juta daripada TNB Fuel Services Sdn Bhd,” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Shah Hakim Zain, menyifatkan strategi syarikat itu bertepatan dan dirangka sebelum bermulanya krisis minyak mentah.

“Strategi kami membolehkan syarikat kekal kompetitif dan berdaya tahan biarpun berdepan ketidaktentuan dalam sektor minyak dan gas.

“Kami telah memperkenalkan produk yang ditambah graphene serta perkakasan termasuk penggerudian bahan cecair, pengeluaran kimia, rawatan air serta stimulasi,” katanya.

Menurut Shah Hakim, SESB baru-baru ini turut terbabit dalam aspek pembangunan medan minyak dan pengeluaran selain menjadi rakan kongsi sebuah konsortium yang menerima kontrak Petronas.

“Bersandarkan kepada kekuatan perniagaan berteraskan bahan kimia, SESB berada pada kedudukan baik bagi merealisasikan aspirasinya.

“Kami juga berharap untuk terus membina keupayaan integrasi kami menerusi pelaburan dalam sumber diperlukan serta terbabit dalam projek berkaitan pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Scomi Energy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd