• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tak Nampak Jalan Untuk Berdamai Kembali – Rozana

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sekali lagi Rozana Misbun menjadi tumpuan media setelah dia mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia ingin kembali bersama dengan suaminya, Awie.

Dalam satu wawancara semalam, Rozana seakan-akan memberikan gambaran bahawa dia bersedia untuk berdamai dengan suaminya setelah episod demi episod gelap melanda rumahtangga mereka.

Bagi mencerahkan kembali apa yang dinyatanya semalam, Rozana sekali lagi ditemubual bagi mendapatkan kenyataan sahih berkenaan konsep ‘damai’ yang diujarnya pada Khamis lalu.

[BACA ARTIKEL INI: Mustahil Untuk Curang Selaku Isteri ‘Ayahanda’ Awie – Rozana]

Disogok dengan maksud ‘damai’, Rozana berkata, dia tidak berhasrat untuk kembali bersama dengan vokalis Wings itu! “Tidak sama sekali. I had enough. Saya tak nampak adanya jalan untuk kami bersatu lagi sebagai suami isteri. 

Maksud berdamai di situ ialah ruang untuk Awie berunding dengan saya dan peguam Jamal Mohd Lokman Sulaiman demi kebajikan anak-anak, masih terbuka.”

Dalam wawancara sama, Rozana berkata, dia bukanlah seorang yang kejam dan kerana itu, dia memberikan keizinan kepada Awie untuk berjumpa ketiga-tiga anak mereka selama dua jam pada hujung minggu pertama dan ketiga.

Walaupun kecewa dengan tindakan Awie yang mengaibkannya di media cetak dan elektronik semenjak beberapa bulan lalu, namun ujar Rozana, dia tidak pernah menyesal menikahi pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu.

bh_20140717_awie1_11795811

“Tidak, saya tak pernah menyesal. Saya dan Awie berkahwin atas dasar cinta dan dengan perkahwinan inilah, kami dianugerahkan tiga cahayamata iaitu Merrah, Rezzki dan Qasseh yang tak terbanding nilainya dengan wang ringgit.

Kalau saya kata menyesal, maknanya menyesal jugalah saya melahirkan anak-anak cinta hati saya ini ke dunia. Mungkin cinta dan kasih sayang antara saya dan Awie berakhir di sini saja.

Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia. Saya harap Awie akan bertemu dengan pengganti yang boleh menjaganya jauh lebih baik dari saya sewaktu melayari bahtera rumahtangga dengannya dulu.”

Mengambil pendekatan untuk tidak ditemuramah lagi, Rozana berkata, dia kini sedang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya bersama anak-anak selepas ini.

“Saya harap tiada lagi temuramah dengan wartawan selepas ini. Saya segan sebenarnya. Saya hanya orang biasa yang pernah berkahwin dengan artis terkenal.” – MYNEWSHUB.CC

Sijil Nikah Awie Dan Rozana Misbun Disahkan Palsu

https://www.youtube.com/watch?v=_gQry31EG1s

Tags: Awiekes mahkamahperkahwinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Pastikan MAS Bayar Pampasan Kepada Keluarga

Next Post

Mangsa Banjir Dijangka Tuntut RM10j Insurans

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Next Post

Mangsa Banjir Dijangka Tuntut RM10j Insurans

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd