• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tambah Jumlah Tanah Komunal – Adenan

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT – Kerajaan Sarawak merancang untuk menambah jumlah rizab tanah komunal di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem.

Ini, katanya, adalah usaha kerajaan negeri untuk mengembalikan tanah itu kepada rakyat bagi memastikan kebajikan dan mata pencarian mereka terpelihara.

Dengan adanya lebih banyak tanah rizab komunal, kerajaan boleh meluluskan permohonan tanah daripada rakyat jika mereka memerlukan lebih banyak tanah untuk membina rumah panjang atau kampung apabila jumlah populasi mereka berkembang.

Berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit di sini hari ini, Adenan berkata beliau boleh meluluskan permohonan itu sekiranya tanah yang dipohon itu kepunyaan kerajaan dan bukan milik pihak lain.

Beliau berkata pada masa sama, kerajaan akan menghentikan kelulusan permohonan tanah bagi perladangan komersial besar.

“Cukuplah memberi tanah kepada ladang besar kerana rakyat benar-benar bimbang kemungkinan syarikat perladangan ini menceroboh tanah pribumi mereka,” katanya.

Adenan mengakui kepentingan tanah kepada pelabur dan bagaimana pelaburan mereka akan memanfaatkan Sarawak namun beliau menegaskan bahawa berbeza dengan rakyat negeri ini, pelabur bukanlah pengundi.

Beliau kemudian menyampaikan pampasan tanah berjumlah lebih RM9.09 juta kepada 10 wakil 336 orang yang tanah mereka terjejas oleh Seksyen C Fasa 3 pembinaan jalan Song-Sungai Yong sepanjang 33.2km.

Adenan turut menyampaikan cek projek pembangunan kecil luar bandar bernilai lebih RM1 juta kepada 88 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dari Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd