Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 14,000 Unit Rumawip...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,238 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan...

Kes Rogol Pulau Tioman,...

SUNGAI BESAR - Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur...

Najib Mahu Jadikan Malaysia...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin...

Mahathir Lancar PPBM Sarawak...

BINTULU - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi...

Sampul Angpau Percuma Ah Jib Gor

KUALA LUMPUR – Sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 Februari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan sampul angpau secara percuma menerusi laman Facebook ‘Ah Jib Gor’ mulai hari ini.

“Sambutan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi, kami akan mengedarkan sampul angpau ‘Ah Jib Gor’ edisi khas secara percuma kepada peminat-peminat,” menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu.

Menurut laman web Facebook “Ah Jib Gor”, peminat-peminat hanya perlu tekan “Like” pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan: https://www.facebook.com/ahjibgor/app_161683100556760.

Sampul angpau itu berwarna merah dan memaparkan karikatur Najib dengan berbaju tradisional Cina serta karakter kartun kambing yang dicetak perkataan “Selamat Tahun Baru Cina” dalam warna emas.

Setiap peket mengandungi 10 keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada, menurut laman web itu.


Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Kambing pada 19 Februari ini.

“Ah Jib Gor” adalah Facebook perdana menteri dalam bahasa Mandarin, mula beroperasi sejak 16 Januari 2012 sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

“Ah Jib Gor” yang bermaksud “Abang Najib” dalam bahasa Mandarin, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial berbahasa Mandarin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori