• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Miliki Rumah Pelacuran Di S’pura Didenda Buat Kerja Amal

oleh
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang remaja lelaki yang ditahan agensi penguat kuasa Singapura tahun lalu atas dakwaan mengusahakan sebuah rumah pelacuran, semalam dijatuhi hukuman pemerhatian pihak berkuasa selama 18 bulan dan 120 jam lagi kerja komuniti.

Jaryl Tan Wenchong, warga Singapura berusia 19 tahun, asalnya diberkas sepasukan pegawai Biro Narkotik Pusat pada 8 Julai lalu dalam satu serbuan khas antidadah di sebuah hotel di Geylang bersama-sama seorang lelaki tempatan, Cheng Wei Guang, 22 tahun.

Namun, ketika kedua-dua dicekup, pasukan itu menemui enam pasport Thailand dan satu salinan pasport Thailand, kesemuanya milik sekumpulan wanita Thai sekali gus membongkar satu sindiket rumah pelacuran yang didalangi lelaki dikenali nama David.

Siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti rumah pelacuran di beberapa kondominium mewah sekitar Mount Elizabeth selain menghantar bekalan makanan, kondom dan bahan pelincir untuk wanita terbabit selain membersihkan kediaman itu.

Mereka juga mengutip pendapatan diperoleh petugas seks berkenaan pada setiap hari di samping menjemput pelacur baharu tiba dari Thailand di lapangan terbang antarabangsa Changi sebelum dihantar ke unit kondominium tertentu yang ditetapkan David.

Penyiasat mendapati, David sudah lama terlibat aktif menjalankan sindiket maksiat itu dengan memuat naik gambar-gambar wanita menerusi laman Internet untuk ditawarkan sebagai pelacur kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa di Singapura.

Hakim daerah Lim Keng Yeow mendakwa Jaryl atas sembilan tuduhan termasuk hidup dengan sumber pendapatan daripada kegiatan pelacuran manakala Wei Guang didapati bersalah atas 16 tuduhan dan dihukum penjara sembilan bulan pada tahun lalu.

Di bawah undang-undang ketat Singapura, pesalah hukuman pemerhatian akan menjalani perintah berkurung terhad di dalam kediaman sendiri dari 10 malam sehingga 6 pagi dan ibu Jaryl pula turut diperintah membayar wang jaminan S$5,000 (RM13,333).

Pelacuran di Singapura tidak salah dari segi undang-undang namun kegiatan berkaitan aktiviti itu seperti mengiklankan perkhidmatan, hidup daripada pendapatan persundalan atau mengusahakan rumah pelacuran adalah satu jenayah berat. – Agensi

Tags: PASPORTPelacurseksSingapuraThailand
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd