• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dijangkiti Kencing Tikus Beransur Pulih

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pelajar lelaki yang dimasukkan ke hospital pada 23 Disember lalu akibat jangkitan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) telah menunjukkan perkembangan positif dan kini beransur pulih.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan berkata, Fahmi Abd. Razak, 15, daripada Kampung Kubu, Kuala Nerang, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah sedar selepas koma selama dua minggu.

“Setelah hampir dua minggu dirawat di ICU, dia sudah sedarkan diri dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan bermula 1 Januari lalu, selain telah dibenarkan mengambil diet lembut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, memandangkan keadaan kesihatan Fahmi semakin positif dan stabil, pihak HSB bercadang memindahkan pelajar itu ke wad biasa dalam jangka masa terdekat.

“Sampel darah yang diambil bagi pengesahan jangkitan Leptospirosis yang telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor turut mengesahkan remaja itu telah dijangkiti penyakit terbabit,” kata Norhizan. – BERNAMA

Tags: Kencing tikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

Tiada Laporan Air Tebu Tercemar Kencing Tikus

23/05/2018
0

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli minuman itu di bazar Ramadan kerana tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd