Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Jangka Tinggalkan Pentadbiran, Exco...

IPOH - Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain...

Lelaki ‘Pakar’ Pecah Rumah...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kejadian pecah...

Tarik Balik Longgar Syarat...

PADANG TERAP - Keputusan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa...

Wanita Lemas Ketika Sedang...

TANJUNG KLING - Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat lemas di Pantai Kundor,...

Raja Muda Perlis Nasihat Pelajar Tolak Ekstremisme

KUALA LUMPUR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada di Madinah menasihati pelajar yang sedang belajar di negara timur tengah supaya menolak ekstremisme.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah perbuatan ekstrem dan melampau adalah tidak sejajar dengan ajaran agama Islam yang berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

“Elakkan mengambil maklumat secara semborono, sebaliknya sentiasa merujuk dengan pihak yang berautoriti untuk mengesahkan kesahihannya,” titah baginda pada program Mesra Ukhuwah Pelajar Perlis Universiti Islam Madinah di sebuah hotel di Madinah malam tadi.

Menurut siaran media MAIPs yang dikeluarkan di sini hari ini, baginda berangkat ke program anjuran MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putraa (YTSP) itu selepas melakukan umrah sejak dua hari lalu.

Pada program itu, baginda yang juga Pengerusi YTSP turut menyampaikan sumbangan bersama MAIPs dan YTSP berjumlah RM24,000 kepada 12 pelajar universiti itu.


Lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di universiti tersebut.

Syed Faizuddin turut menasihati pelajar supaya memberi tumpuan kepada pelajaran dengan turut menguasai bahasa Arab dan Inggeris selain menambah kemahiran dalam pelbagai bidang.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, selain Pengurus Baitulmal MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori