• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: TLDM Tamatkan Penglibatan Operasi SAR Pesawat

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengumumkan menamatkan secara rasmi peranan mereka dalam misi pencarian (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bulan lepas, pada pukul 6 petang, Rabu.

Panglima TLDM LaksamanaTan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata penglibatan kapal TLDM dan beberapa kapal tentera laut asing ditamatkan apabila bukti utama iaitu kotak hitam dan perakam suara kokpit ditemui pada 12 dan 13 Januari lepas.

“Sehingga 14 Januari (hari ini), sebanyak 48 jasad telah ditemui dan 36 daripadanya telah dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan.

MENARIK – Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui

Beliau berkata TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Lekir, KD Kasturi dan KD Perak serta sebuah helikopter Fenner.

“KD Pahang adalah kapal TLDM pertama tiba di kawasan operasi SAR pada 29 Disember 2014 (hari kedua operasi) sebelum disusuli KD Lekir, KD Lekiu, KD Kasturi dan KD Perak.

“Secara purata setiap kapal TLDM ditugaskan melaksanakan operasi selama lapan hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulangbekal,” katanya.

Abdul Aziz berkata sepanjang tugas kapal-kapal TLDM dalam misi itu, mereka telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas 22,000 batu nautika persegi.

“Pencarian dilaksanakan dengan menempatkan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter FENNEC, radar, sonar (pencarian bawah air) dan bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB).

“Selain itu, kapal TLDM turut menggunakan penderia elektro optik bagi mengesan objek di permukaan laut pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata ada anggota turut ditugaskan untuk masuk ke dalam laut dan berenang bagi mendapatkan mayat mangsa nahas yang ditemui terapung walaupun keadaan laut dan cuaca sangat mencabar.

“Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (4 lelaki, 4 perempuan dan 2 jantina tidak dikenalpasti) yang mana KD KASTURI menaikkan 5 jasad, KD LEKIR 2 jasad, KD PAHANG 2 jasad dan KD PERAK 1 jasad.

“Di samping itu, beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik. Kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan kapal dan pesawat negara lain seperti Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan negara-negara lain yang turut terlibat dalam usaha pencarian,” katanya.

Menurut Abdul Aziz kerjasama rapat juga berjaya dicapai dengan Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) yang berjaya menyelaras keseluruhan operasi dengan baik.

Menurut beliau, kini BASARNAS telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil iaitu berkeluasan 25 batu nautika persegi.

“Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM sentiasa bersiap sedia serta komited menghulurkan segala bentuk bantuan dengan segera apabila diperlukan.

http://youtu.be/7bOkRoj389w

Beliau berkata ia selaras dengan semangat setiakawan ASEAN yang sedia terjalin.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa lebih dua minggu lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 162 orang penumpang dan anak kapal.

Kapal Tentera Laut Singapura MV Swift Rescue tpada elah berjaya menemui bangkai utama iaitu fiuslaj pesawat berkenaan di dasar laut di mana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia IndonesiaTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd