• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Penyelam Temui Bangkai Kapal Lain

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di tiga titik koordinat dasar laut, lokasi dipercayai jatuhnya pesawat itu bukan saja belum berhasil, malah kini mereka menemui bangkai milik kapal yang sudah karam.

Komandan komando pasukan angkatan laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari kapal KRI Banda Aceh, Wido Dwi menyatakan pasukannya sudah melaksanakan tugasan menyelam di dasar laut, namun bangkai pesawat masih belum lagi ditemui.

“Sudah kami selam hingga ke dasar, ternyata air sangat keruh dan banyak lumut, yang ditemui bangkai kapal, bukan pesawat,” katanya.

Titik koordinat kedua adalah pada kedudukan 03.54.41 arah selatan dan 110.31.07 ke arah timur berdasarkan sonar yang diterima dari kapal KRI Bung Tomo.

Sementara titik koordinat ketiga adalah di kedudukan 03.55.52 arah selatan dan 110.33.80 arah timur yang diperoleh kapal perang Amerika Syarikat, US Sampson 102.

Sehingga kini, pasukan penyelam masih menunggu koordinat baru dari kapal pencari yang memiliki alat pengesan. Sebaik titik koordinat baru diperoleh, penyelam akan terjun semula menjejaki posisi pesawat.

“Kami ini ibaratnya hanya tangan saja, mata yang mencari kapal-kapal lain. Kalau ada arahan kita jalan,” katanya.

Pasukan penyelam sudah melakukan aktiviti pencarian di dasar laut sejak Ahad lalu dengan pasukan pertama yang diterjunkan adalah terdiri daripada 17 penyelam.

Selepas titik koordinat baru ditemukan, pasukan kedua dengan jumlah yang sama akan menggantikan pasukan pertama. Keseluruhan penyelam yang ditugaskan dalam misi pencarian pesawat itu adalah 57 orang. – Kompas.com

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd