• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: AirAsia Didapati Langgar Waktu Operasi, Laluan Digantung

oleh AK-47
04/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENTETAN insiden nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan Kerajaan Indonesia mengambil keputusan menggantung laluan AirAsia Surabaya-Singapura berkuat kuasa semalam.

Tindakan tegas ini diambil oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia ekoran pesawat malang itu terbukti melanggar waktu operasi yang ditetapkan.

Memetik laporan Kompas.com, syarikat penerbangan AirAsia Indonesia didapati telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014.

Dalam surat berkenaan ada dinyatakan bahawa syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari yang ditetapkan iaitu Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja.

Namun, pada tarikh 28 Disember (Ahad) yang lalu pesawat QZ8501 dari Surabaya-Singapura telah membawa 162 penumpang yang kini dilaporkan hilang.

Ini bermakna, syarikat penerbangan AirAsia Indonesia telah melanggar permit ditetapkan Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurut Ketua Kementerian Komunikasi Awam, JA Batara tempoh penggantungan ini hanya buat sementara waktu.

“Laluan AirAsia itu hanya digantung sementara dan bakal dipertimbangkan semula selepas selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia,” ujarnya.

Ekoran itu, penumbang yang sudah membeli tiket penerbangan AirAsia laluan Surabaya-Singapura nasihatkan untuk menukar jadual penerbangan mereka.

Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia Kapten Ahmad Sadikin memberitahu, syarikat penerbangan itu tidak menerima apa-apa maklumat mengenai penggantungan tersebut dan menolak dakwaan syarikat itu mengendalikan laluan tanpa permit.

“Saya tidak boleh menjawab secara terperinci kerana saya tidak dengar mengenai penggantungan itu lagi. Tetapi jika kita tidak mempunyai kebenaran, maka pasti kita tidak akan terbang,” tambahnya.- MYNEWSHUB.CC

BERITA NAHAS QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=xTTrW9bB4Oo

Oleh:FARAH

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd