• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Keluarga Dakwa Dapat Panggilan Telefon Mangsa Nahas

oleh AK-47
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

APAKAH ini bukti bahawa terdapat penumpang AirAsia QZ8501 yang masih hidup sejurus pesawat terhempas di lokasi nahas?

Salah seorang keluarga penumpang mendakwa, ada menerima panggilan daripada telefon bimbit salah seorang mangsa pada hari kejadian tetapi selepas dihubungi semula nombor itu tidak lagi aktif.

Perkara ini diceritakan Ketua Jabatan Kedoktoran dan Kesihatan Polis Daerah Jawa Timur,  Budiyono di Pusat Krisis AirAsia QZ8501 di Surabaya, pada Sabtu.

“Salah seorang anggota keluarga penumpang mengaku menerima panggilan telefon daripada mangsa nahas,” kata Budiyono.

Bagaimanapun panggilan itu tidak sempat diangkat membuatkan ia berstatus missed call. Dan apabila nombor telefon didail semula, ia tidak lagi aktif.

Tanpa mendedahkan nama keluarga penumpang terbabit, Budiyono menyatakan perkara itu telah dimaklumkan kepada Bahagian Identifikasi mangsa yang kemudiannya menyerahkan telefon bimbit itu kepada syarikat penyedia telekomunikasi.

Begitu pun siasatan mendapati panggilan yang didakwa itu tiada dalam rekod dan nombor terbabit sudah tidak lagi aktif pada hari pesawat meninggalkan landasan Bandar Udara Juanda, Sidoarjo, Jawa Timur pada 28 Disember 2014.

Setakat Sabtu, pencarian bangkai pesawat AirAsia QZ8501 telah pun memasuki hari ke-14 dan setakat ini baru 29 mayat berjaya dikenalpasti identiti dan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=dUA2_I_f5Ec

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd