• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: KD Pahang Temui Mayat Ke-7

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKALAN BUN – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang hari ini menemui satu lagi mayat penumpang AirAsia Indonesia QZ8501 menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah ditemui sebanyak tujuh.

“Mayat itu kini berada dalam proses pengasingan oleh helikopter pasukan SAR TNI, HR3601 untuk dibawa ke Landasan Udara Iskandar Muda, Pangkalan Bun,” kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut Juanda, Laksamana Pertama Sigit Setianta, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat berkenaan dimaklumkan adalah seorang wanita, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Ciri-cirinya adalah memakai seluar jeans, berbaju warna coklat, berkasut hitam, memakai gelang dan jam tangan… rambutnya panjang berwarna hitam,” katanya.

Terdahulu, enam mayat sudah ditemui oleh pasukan BASARNAS.

Daripada enam mayat berkenaan, tiga adalah lelaki dan tiga perempuan.

Ketika ini, keenam-enam mayat sudah berada di Hospital Bhayangkara, Surabaya, Jawa Timur untuk pemeriksaan lanjut oleh Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

Ahad lalu, pesawat Airbus 320-200 itu yang membawa 162 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas 42 minit berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Singapura pada 8.20 pagi. – Detik.com

Tags: TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd