• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Bahagian Ekor Pesawat Berjaya Diapungkan

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKALAN BUN – Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi.

Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Bahagian ekor pesawat yang berwarna merah tua, di mana terletaknya kota hitam dan alat perakam penerbangan pesawat, dilihat tenggelam timbul di permukaan air yang berombak.

Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.

Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat. – Kompas.com

https://www.youtube.com/watch?v=aG9SMBk69_Y

Tags: AirAsia IndonesiaQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd