Seramai 98 orang anggota Unit Mencari dan Menyelamat (SRU) dikerahkan untuk mencari baki mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di sekitar perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalteng hari ini.
Setakat ini, seramai 10 mayat daripada 162 penumpang dan anak kapal sudah ditemui.
(BACA: KD Pahang Temui 3 Mayat = Sudah 10 Semuanya Setakat Ini)
Meskipun cuaca buruk, namun pihak Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas) dengan bantuan pasukan dari beberapa negara jiran tetap meneruskan operasi tanpa henti.
Berikut merupakan aset yang digunakan dalam pencarian:
SRU Indonesia:
1. Helikopter: 17
2. Pesawat : 10
3. Kapal : 57
Total: 84
SRU Negara Luar:
1. Helicopter Singapura : 2
2. Pesawat Singpura : 2
3. Pesawat Malaysia : 1
4. Kapal Singapura : 5
5. Kapal Malaysia : 2
6. Pesawat Korea : 1
7. Kapal USA : 1
Total: 14
Laporan Detiknews.com menyebut, operasi itu akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dan bangkai pesawat ditemui. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=QTndOKzFJ-Y
Oleh: ELZA