Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pengiktirafan daripada Bank Dunia apabila mahu menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam program pembasmian kemiskinan.
Organisasi perbankan dunia itu bakal membuka sebuah pejabat penyelidikan dan perkongsian pengetahuan di ibu negara, Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Pejabat Bank Dunia berkenaan bakal dibuka di Bangunan Sasana Kijang dan ia akan membolehkan Banku Dunia berkongsi pembangunan Malaysia dengan negara yang kini berusaha untuk keluar daripada kemiskinan.
MENARIK – Bank Palsu Di China Perdaya Duit Pelanggan RM116 Juta

Pejabat Bank Dunia itu akan menggabungkan kepakaran operasi serta penyelidikan.
Serentak dengan itu, kewujudan pejabat itu juga membolehkan Malaysia terus memanfaatkan kepakaran serta pengalaman global Bank Dunia menuju transformasi menjadi ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.
Laporan Agenda Daily memetik Naib Presiden Bagi Asia Timur Bank Dunia, Axel van Trotsenburg sebagai berkata kerjasama bank itu dengan Malaysia akan mengukuhkan lagi keupayaannya untuk kekal sebagai sumber penyelesaian inovatif bagi membantu negara lain mencapai apa yang sudah dilaksanakan negara ini.
“Perkongsian pengetahuan yang sedemikian akan memberikan manfaat besar kepada semua orang dan sangat bertepatan dengan sebuah negara yang sedang beralih kepada ekonomi maju, berpendapatan tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian untuk menubuhkan pejabat berkenaan antara kerajaan Malaysia dengan Bank Dunia hari ini.
Pada majlis itu, kerajaan diwakili oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Sementara itu, Bank Dunia diwakili oleh von Trotsenburg dan Pengurus Negara Indonesia dan Singapura, Sarvesh Suri.
Pejabat Bank Dunia itu dijangka dibuka dalam beberapa bulan lagi.
– MYNEWSHUB.CC
Saluran Youtube Bank Dunia
http://youtu.be/FP05DVvizxo
