• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Profesor Ulung Diberi Geran Penyelidikan RM300,000

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Profesor Ulung akan diberi dana berbentuk geran penyelidikan bernilai RM300,000 bagi memanfaatkan lonjakan akademik yang dimiliki, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis penganugerahan Profesor Ulung Negara bagi tahun 2014 kepada pakar fotonik Universiti Malaya, Profesor Dr Harith Ahmad, di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Profesor Ulung adalah lambang mercu pencapaian dan kejayaan sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

“Lonjakan ahli akademik kepada seorang Profesor Ulung ditakrifkan sebagai suatu peningkatan kegiatan dan sumbangan ke suatu aras yang tinggi, luas lagi mendalam bagi bidang kepakaran akademiknya, iaitu ke suatu arena strategik dalam pembentukan dasar yang mempunyai impak terhadap masyarakat pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Dengan adanya geran penyelidikan itu, beliau berkata Profesor Ulung boleh menyediakan pelan penggantian bagi menggilap bakat-bakat muda yang berpotensi dalam bidang fizik khususnya.

Profesor Ulung juga dipelawa untuk menyumbang buah fikiran berkaitan kepakaran masing-masing kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri.

“Saya meminta agar Profesor Ulung dapat menyertai mesyuarat utama kerajaan, bergantung kepada bidang masing-masing sebagai pakar rujuk untuk memberikan buah fikiran dan sama-sama berbincang, bertukar pendapat dengan pihak kerajaan.

“Ini adalah satu bentuk pengiktirafan kerajaan kepada warga akademik,” kata Muhyiddin.

Prof Harith, merupakan Profesor Ulung yang ke-4, adalah pelopor dalam bidang penyelidikan fotonik di Malaysia, iaitu bidang kajian berkaitan teknologi cahaya untuk penghasilan laser dan gentian optik yang penting dalam bidang seperti telekomunikasi dan pembinaan.

Pada 2010, tiga individu dinobatkan Profesor Ulung iaitu Tan Sri Dr Muhammad Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa (bidang Pengajian Islam), Datuk Prof Looi Lai Meng dari Universiti Malaya (bidang Patologi) dan Datuk Prof Shamsul Amri Baharudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (bidang Sains Sosial).

Muhyiddin berharap Prof Harith dapat menjadi duta bagi menarik minat pelajar dan masyarakat tempatan untuk mendekati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan menjadikan ia kerjaya pilihan.

Beliau juga berharap Prof Harith meneruskan kecemerlangan ilmiah di samping berganding bahu bersama-sama Profesor Ulung sebelum ini demi kesejahteraan masyarakat dan negara di samping menempuhi pelbagai cabaran pada alaf baharu ini.

“Semoga pelantikan ini akan menjadi obor kepada warga akademik khasnya golongan muda, untuk terus maju sebagai pelopor ilmu dan seterusnya menjadi pelapis kepada kelompok intelektual dan kesarjanaan sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa para cendekiawan negara dalam pelbagai bidang berusaha membantu membangunkan negara.

“Penyelidikan, penemuan ilmu baharu, idea transformasi, penghayatan ilmu dan pelbagai lagi proses dan produk keilmuan adalah menjadi asas pembangunan dan kelestarian negara ini.

“Saya mengharapkan agar usaha-usaha ini akan dikekalkan dan berterusan bagi memastikan Malaysia menjadi sumber rujukan pendidikan rantau Asia dan global,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd