Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Masih Siasat Kes...

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya menutup siasatan...

Zon Selamat Berjaya Sekat...

ASTANA - Kewujudan zon selamat di wilayah Latakia, Homs, Aleppo, Hama dan Idlib...

Nur Aina Nasuha Sihat...

KEPALA BATAS - "Aina kini boleh berdiri sendiri, selera makannya pun meningkat. Terima...

Insurans Kaki Taylor Swift...

JIKA sebelum ini penyanyi Jennifer Lopez mengambil insurans punggung bagi melindungi asetnya itu...

Sasar 250,000 Penumpang Sehari Guna LRT Laluan Ampang

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menyasarkan untuk meningkatkan jumlah penumpang LRT Laluan Ampang kepada 250,000 orang sehari menjelang tahun depan dengan memperkenalkan tren enam gerabak LRV yang baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Azmi Abdul Aziz berkata apabila 50 tren baharu enam gerabak itu beroperasi dan projek sambungan Laluan Ampang dari Sri Petaling ke Putra Heights siap, jumlah pengguna LRT dijangka meningkat daripada 180,000 orang sehari sekarang.

“Prasarana telah melabur kira-kira RM1 bilion untuk 50 set tren, 20 di bawah projek sambungan dan 30 bagi menggantikan tren sekarang di Laluan Ampang. Lapan tren pertama akan beroperasi menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam taklimat media mengenai LRV, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusinya Tan Sri Ismail Adam dalam ucapannya berkata projek sambungan itu dengan jarak meliputi 18.1 kilometer mengandungi 11 stesen baharu dan ia dijangka siap menjelang Mac tahun depan.

Laluan Ampang sekarang meliputi jarak 27km dengan 25 stesen, dari Ampang ke Sri Petaling dan Sentul Timur yang beroperasi menggunakan 30 set tren.

Ismail berkata kesemua 50 tren baharu LRV akan dityerima secara berperingkat dalam tempoh dua tahun daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR).


“Tren 35 LRV yang pertama akan dihantar sebagai CBU (unit pasang siap) dari China sementara baki 15 unit akan dipasang dalam negara di kilang CSR Zelc di Batu Gajah, Perak,” kata beliau.

Dengan tempoh hayat meliputi 30 tahun, tren LRV yang baharu itu dilengkapi dengan ciri-ciri seperti kamera litar tertutup (CCTC), paparan LCD, ruang laluan untuk penumpang berjalan dari hujung ke hujung tren yang lain, Operasi Tren Seliaan Automatik (SATO) dan ruang untuk penumpang orang kurang upaya yang tidak terdapat dalam tren sedia ada.

Ketika mengulas mengenai kemungkinan kenaikan tambang, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya akan membuat keputusan mengenai perkara itu kemudian selepas menerima maklum balas daripada orang ramai.

“Sebagai regulator, kami mengkaji dari semua aspek, dari segi perkhidmatan, keselesaan, frekuensi, respons kepada pengguna, laluannya lebih banyak, mudah, kesalinghubungan bagus.

Selain itu, kemudahan lain seperti kad diskaun akan menjadi faktor-faktor yang menyumbangkan untuk kita melihat kepada apa jua permohonan yang diminta oleh pihak syarikat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori