• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Perkenal Identiti Korporat Baharu

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang menampilkan wajah lebih progresif dan moden, serta dijiwai semangat sebagai sebuah organisasi berfikiran terkehadapan lagi moden.

Identiti baharu itu dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapan pelancarannya di ibu pejabat syarikat itu di sini, beliau berkata penjenamaan semula berkenaan perlu dilakukan bagi membolehkan Pos Malaysia kekal relevan, selain mengukuhkan kedudukannya dalam menghadapi persaingan sengit dunia teknologi mklumat yang semakin maju.

“Perkhidmatan pos adalah perkhidmatan yang sangat mencabar kerana tuntutannya ialah untuk memenuhi tuntutan pada masa depan, kerana apa yang menjadi kehendak semasa akan menjadi lapuk, hanya dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Mengambil contoh pengiriman kad ucapan sempena sesuatu perayaan, beliau berkata sebelum ini, ia merupakan satu perkara wajib menjelang suatu perayaan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia dilihat tidak lagi popular.

Ahmad Shabery menarik perhatian kepada ucapan atau mesej bersempena sesuatu sambutan atau perayaan yang kini dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan terbaharu, melalui applikasi WhatsApp.

“Saya percaya bahawa memahami teknologi dan masa depan ini, Pos Malaysia telah mengorak langkah ke hadapan dan menyesuaikan perkhidmatannya (dengan kehendak semasa),” katanya.

Penjenamaan semula ini juga mencerminkan usaha transformasi Pos Malaysia untuk memenuhi keperluan pengguna dan bagi mendepani cabaran dalam dunia digital.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata antara unsur penting dalam penjenamaan semula itu
ialah pengenalan logo baharu, laman sesawang baharu yang lebih mesra pengguna dan penggunaan pakaian seragam baharu oleh warga Pos Malaysia.

Katanya ia juga meliputi wawasan, misi dan nilai baharu syarikat itu yang lebih terperinci.

“Logo baharu Pos Malaysia menjiwai semangat sebuah organisasi moden yang berfikiran terkehadapan serta mencerminkan betapa syarikat ini sentiasa bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata anak panah ‘mundar laju’ yang terdapat pada logo itu memperteguhkan sifat progresif dan kualiti inovatif jenama Pos Malaysia, serta mencerminkan penglibatan penuhnya terhadap aspek digital pada abad ke-21.

Iskandar juga berkata Pos Malaysia dijangka mencatat peningkatan hasil pada tahun ini melalui perkhidmatan e-Pos Laju yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Katanya sistem itu, yang kini menjalani tempoh percubaan, akan membolehkan pelanggan membuat aturan dan pembayaran bagi konsainan mereka secara dalam talian.

“Pada maa akan datang, kami akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan dan apliaksi dalam talian bagi memudahkan lagi pelanggan melakukan transaksi,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, Pos Malaysia mencatat hasil RM1.47 bilion, kira-kira 30 peratus daripadanya diraih melalui perkhidmatan penghantaran cepat. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd