• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Warga Indon Cuba Culik, Samun Warga Emas

oleh AK-47
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU — Polis berjaya menggagalkan percubaan
menculik dan menyamun warga emas selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita
warga Indonesia di Jalan Besar, di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP P.R Gunarajan
berkata suspek berusia antara 44 dan 50 tahun itu dilapor menarik mangsa berusia
77 tahun itu masuk ke dalam kereta jenis Proton Waja di hadapan rumahnya di
Jalan Baru di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sepasukan anggota polis unit pencegahan jenayah terus digerakkan sebaik
menerima laporan untuk mengesan kenderaan yang digunakan suspek,” katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata setengah jam kemudian kereta itu ditemui sedang menuju ke
Simpang Empat Genting dan enggan berhenti ketika ditahan sebaliknya cuba
menghimpit dan melanggar anggota polis yang mengejar dengan motosikal.

“Tetapi pemandu kereta itu pula yang gagal mengawal kenderaan dan terbabas
ke bahu jalan,” katanya.

Gunarajan berkata pada ketika itu mangsa kelihatan diapit antara suspek
lelaki dan wanita di tempat  duduk belakang dan tidak mengalami sebarang
kecederaan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis berjaya mendapatkan semula beg tangan
mengandungi wang tunai RM9,200, rantai leher beserta loket, rantai tangan dan
tiga bentuk cincin emas milik mangsa.

Katanya soal siasat mendapati suspek menyasar warga emas yang tinggal
berseorangan dan merancang untuk membawa mangsa ke bank untuk mengeluarkan wang
sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Katanya kesemua suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut
mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen
6(3) Akta Imigresen 1959/1963.– BERNAMA

Tags: culikkes culikpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd