• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pengiring Maut Dalam Kemalangan Di Pekan

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh seorang pejalan kaki yang juga anggota polis di Kilometer 6, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini tengah hari tadi.

Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan maut semasa menerima rawatan di Hospital Pekan.

Pejalan kaki itu Koperal Amran Abdullah, 48, dari Cawangan Tugas Am di IPD yang sama turut meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan, pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata dalam kemalangan pukul 1.20 tengah hari itu, Helmee Akhsan dalam perjalanan menghala ke Ubai untuk bertugas.

Beliau dikatakan cuba mengelak Amran yang sedang melintas jalan namun gagal lalu merempuhnya.

“Akibat itu motosikal Helmee terbabas dan melanggar pasu bunga di atas pembahagi jalan sebelum dia terpelanting,” katanya kepada Bernama.

Punca sebenar kemalangan sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd