• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lepas Tembakan Sebelum Tahan Suspek Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Volkswagen yang dipandu secara melulu, sebelum menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah, di Jalan Kebun Teh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata anggota polis cegah jenayah yang sedang menjalankan operasi terserempak dengan sebuah kenderaan yang mencurigakan, pada pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata polis kemudiannya menghampiri kereta tersebut dan mendapati terdpat dua lelaki, seorang di dalam kereta sementara seorang lagi berada di luar kereta.

“Apabila menyedari kehadiran polis, suspek yang berada di dalam kereta terus menghidupkan enjin kenderaan tersebut dan mengundurkannya sehingga melanggar dua buah motosikal yang ditunggangi anggota kita.

“Namun anggota kita sempat melompat (dari motosikal) sebelum enjin motosikal mereka terbakar. Pada waktu itu, demi mempertahankan nyawa mereka, kedua-dua anggota kita terpaksa melepaskan dua tembakan yang mengenai kenderaan suspek,” katanya selepas merasmikan misi menghantar bantuan untuk mangsa banjir ke pantai timur, di Balai Polis Bandar Dato Onn di sini hari ini.

Sulaiman berkata suspek yang berada di dalam kereta dapat melarikan diri manakala yang diluar kereta yang berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan.

Beliau berkata suspek yang ditahan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah.

Kes disiasat atas cubaan membunuh penjawat awam semasa menjalankan tugas.
Bagi bantuan itu, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan menghantar bantuan berjumlah RM250,000 untuk 2,000 hingga 3,000 mangsa banjir mulai hari ini.

Bantuan merangkumi 10 tan beras, satu tan gula, 200 kilogram garam, satu tan minyak masak, 1,000 tin susu pekat, 1,000 tin sardin dan 1,000 kotak air minuman, yang disumbangan pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan, orang awam serta anggota polis. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd