• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM: Semua Universiti Kaji Menyeluruh Masalah Banjir

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua universiti tempatan membuat kajian menyeluruh ke arah mengatasi masalah banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Najib berkata pada mesyuarat kabinet baru-baru ini, anggota kabinet membincangkan tentang bencana banjir dan antara perkara yang dibangkitkan adalah keperluan mendapat input (pandangan dan idea) daripada golongan pakar dalam pengurusan pengairan, alam sekitar dan aspek berkaitan.

“Saya mahu semua universiti tempatan memberi input kepada kerajaan dalam merangka dan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir dan melakukan persediaan awal untuk masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan melancarkan Buku Projek Pembangunan UTM di bawah Rancangan Malaysia ke-9, di Jalan Sultan Yahya Petra (sebelum ini Jalan Semarak) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Prof Datuk Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Menara Razak berharga RM91 juta itu dibina pada 3 Mac 2009 dan siap sepenuhnya pada September 2012.

Di bawah RMK ke-9, UTM Kuala Lumpur mendapat peruntukan berjumlah RM156 juta, projek pembangunan semula kampus yang menukar wajah UTM KL menjadi universiti bertaraf dunia dengan menyediakan kemudahan terbaik.

Pembinaan Menara Razak setinggi 17 tingkat merupakan antara pembangunan di bawah RMK ke-9, menempatkan unit pentadbiran dan sekolah-sekolah baharu dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran.

Najib berkata pembangunan yang mapan dan terkawal perlu dilaksanakan, sebagai contoh penebangan pokok-pokok dan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian, perlu dipantau dan tindakan penguatkuasaan perlu tegas demi memulihara alam semula jadi.

Beliau berkata kerosakan alam sekitar merupakan antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir, pihak penguatkuasa perlu bertindak tegas terhadap peneroka haram dan memastikan kejadian bencana banjir dan tanah runtuh tidak berulang lagi.

“Sebagai contoh, kita boleh kawal berlakunya banjir dengan pembinaan empangan untuk mengawal sistem pengairan seterusnya ia dapat menjana bekalan elektrik,” katanya.

Mengenai projek pembangunan UTM, Najib melahirkan penghargaan kepada pihak UTM kerana mengabadikan nama Tun Razak sempena menghargai jasa dan perjuangan beliau terutamanya sewaktu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

“Allahyarham Tun Razak mula mengenali Naib Canselor UTM yang pertama, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, ketika Ainuddin menjemput Tun Razak pulang dari rombongan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dari London, United Kingdom pada tahun 1950-an dulu,” katanya.

Kejayaan UTM sekarang memenuhi objektif dan aspirasi penubuhannya dan ia merupakan kebanggaan kepada negara yang boleh dikatakan antara universiti terbaik di peringkat dunia, katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd