Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Bayaran Balik Hasil Sabah:...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penangguhan...

Operasi Potong Bekalan Air...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatikan supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera...

‘River Of Life’ Ubah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek River of Life...

Sajat Terima Anugerah Tokoh...

NAMA pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat semakin dikenali bukan sahaja kerana produk keluarannya...

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Intan Zaharah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah di atas kemangkatan Raja Permaisuri Agong keempat Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar semalam.

“Sembah takziah atas kemangkatan Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah, Raja Permaisuri Agong ke-4. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Baginda mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 3.26 petang semalam dan dijadual dikebumikan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat Zohor hari ini.

Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Alhamrhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944, dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.

Baginda menjadi Permaisuri Agong dari 1965 sehingga 1970 dan pernah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Feb 1966, selain dianugerahkan Darjah Utama Mahkota Negara pada 6 April tahun yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori