• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Desak SPR Laksana Pendaftaran Automatik

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan semua parti politik melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.

Kata beliau, pendaftaran secara automatik itu dapat mengelakkan mana-mana pihak memanipulasikan daftar pemilih untuk memihak kepada sesetengah parti sahaja.

“Alasan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk tidak melaksanakan pendaftaran pengundi automatik tidak dapat diterima.

“Beliau sebelum ini mengatakan jika pendaftaran automatik itu dilakukan ia akan menyebabkan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak di beberapa kawasan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul Izzah seterusnya berkata, antara tugas utama SPR adalah melakukan verifikasi kepada maklumat-maklumat dalam daftar pemilih sebagai tepat.

Justeru, katanya, SPR perlu melantik Penolong Pendaftar Pemilih dalam kalangan semua pihak berkepentingan termasuk parti politik atau membuat pendaftaran pemilih secara automatik. – mynewshub.cc

Tags: Nurul IzzahSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd