• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Idea Mulia, Piza Percuma Ihsan Pelanggan Untuk Gelandangan

oleh
17/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHILADELPHIA – Setahun lalu, seorang pelanggan lelaki datang ke Rosa’s Fresh Pizza di bandar ini secara berjenaka bertanya, bolehkah dia membeli seulas piza untuk disedekahkan kepada insan gelandangan di luar kedai makanan segera itu.

Tanpa berfikir panjang, pemilik premis tersebut, Mason Wartman bersetuju dan menjual seulas piza pada harga istimewa AS$1 (RM3.60) sebelum meletakkan makanan itu di sudut kedai dengan nota kecil bahawa piza berkenaan sudah dibayar.

Wartman turut menampal pelekat kecil berwarna di dinding kedai untuk pelanggan itu menulis mesej ringkas memaklumkan piza berkenaan adalah percuma dan diderma khas kepada gelandangan yang tiada duit untuk membeli makanan.

Tanpa dedah identiti, lelaki misteri itu cuma berkata, dia ikut contoh amalan kedai minuman di Itali yang disebut ‘caffe sospeso’ atau bermaksud kopi digantung iaitu pelanggan bayar harga secawan kopi untuk diberi kepada orang tidak berduit.

Itulah sering dilakukan pelanggan tersebut sebelum dicontohi pula ramai pelanggan lain dan  kini 8,400 ulas piza sudah disedekahkan kepada ribuan gelandangan sehingga penuh keseluruhan dinding kedai itu dengan nota pelekat berwarna-warni.

“Biasanya kami tidak bagi piza kepada gelandangan di luar, namun mereka sendiri datang ke kedai dan tanya jika ada lebihan piza yang boleh dimakan secara percuma atau orang miskin yang tiada duit cukup untuk bayar harga pizza,” kata Wartman.

Tindakan prihatin pemilik Rosa’s Fresh Pizza menyebabkan kedai itu menjadi tumpuan ramai pelanggan dan tanpa disedari, ada juga banyak nota ditulis sendiri oleh gelandangan secara peribadi mengucapkan terima kasih sehingga menyentuh perasaan.

“Ada menitis air mata setelah baca nota yang menulis, dia pernah berasa malu makan piza percuma di kedai ini kerana dulu hidup miskin tiada duit tetapi sekarang sudah berjaya dan akan derma pula piza kepada orang susah lain,” jelas Wartman.

Tanggungjawab sosial korporat itu malah diikuti beberapa premis lain di Philadelphia seperti rangkaian lima kedai kek dan sandwich terkenal, Panera yang memaklumkan pelanggan boleh membayar harga makanan tersebut untuk diderma kepada orang susah.

Turut mengikut langkah sama ialah Starbucks Coffee Co. di bandar raya tersebut yang membenarkan pelanggan meminta untuk membayar hidangan tertentu dan kemudian diberi kepada individu yang datang tidak membawa duit cukup. – Agensi

Video Syahdu, Seorang Gelandangan Kongsi Piza Disedekahkan Orang Padanya..

Tags: gelandanganmakananpercumaPhiladelphiapizza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd