• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Parlimen Belia Malaysia Bermula Esok

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula esok, belia Malaysia bakal menyaksikan satu daripada pelbagai perubahan baharu untuk pembangunan belia di negara ini.

Ini berikutan 120 belia bakal mendapat keistimewaan untuk membahaskan pelbagai isu melalui platform khas dikenali sebagai ‘Parlimen Belia Malaysia’ di Dewan Rakyat, selama dua hari.

Keistimewaan yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya pada Mei 2011 itu merupakan satu daripada enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia.

Sekretariat Parlimen Belia Malaysia ketika dihubungi berkata format Parlimen Belia disusun agar menjadi sebagaimana Persidangan Dewan Rakyat yang sebenar.

“Akan ada sesi pembentangan usul, menyokong usul, perbahasan, soal jawab dan penggulungan,” kata seorang pegawai sekretariat kepada Bernama.

Bagaimanapun, tidak seperti Persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Belia Malaysia ini tidak akan mempunyai pihak kerajaan ataupun pembangkang, tetapi anggota-anggotanya akan duduk mengikut jawatankuasa masing-masing.

“Ini bagi mengelak retorik dan Memberikan Fokus Carian kepada impaknya iaitu usul cadangan dasar yang memberi faedah kepada belia,” katanya.

Pegawai itu menjelaskan terdapat sembilan jawatankuasa iaitu, Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undang dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi.

Selain itu ialah Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi serta Rohani dan Agama.

“Untuk persidangan pertama ini, 29 usul telah diterima sekretariat. Usul berkenaan akan diperhalusi jawatankuasa masing-masing sebelum dibawa ke peringkat pengundian, semalam.

“Semasa pengundian, usul yang diterima akan diberikan ranking. Dijangkakan 9 usul akan dapat dibahaskan sepanjang 2 hari persidangan,” katanya.

Persidangan dua hari bermula esok (Sabtu) dijangka berlarutan selama 14 jam dan akan dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Ismail Mohamed Said.

“Calon-calon untuk mempengerusikan persidangan seterusnya akan ditetapkan kemudian,” katanya menambah sesi seterusnya akan ditetapkan sementara pada Jun dan September.

Meskipun persidangan itu merupakan kali pertama buat anggotanya, kesemua 120 anggota telah menjalani sesi orientasi selama empat hari dan diberi taklimat melalui sesi prapersidangan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberitahu Bernama, Parlimen Belia akan menjadi antara platform terbaik untuk golongan muda menyuarakan idea mereka dan isu berkepentingan buat golongan itu.

Beliau juga menegaskan bahawa semua usul yang dipersetujui semasa persidangan akan dibawa untuk perhatian menteri Kabinet dan tidak menolak kemungkinan bahawa usul akan diterima, jika mempunyai asas.

“Anggota Parlimen Belia ini dipilih oleh generasi muda Malaysia tanpa sebarang unsur penipuan. Oleh itu, adalah menjadi harapan utama saya agar mereka menggunakan peluang ini untuk membawa suara dan keinginan anak muda Malaysia, dan bukan hanya kepentingan peribadi.

“Selain itu, tidak seperti Parlimen sebenar, mereka tidak diberikan imuniti dan setiap perbincangan dan perbahasan masih tertakluk kepada undang-undang sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: ParlimenParlimen Belia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd