• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Ulama Mahu PBB Haram Hina Agama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA, Qatar – Sebuah organisasi Islam meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengharamkan ‘penghinaan agama’ dan menggesa Barat supaya melindungi masyarakat Islam susulan serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo.

Persatuan Ulama Sedunia yang beribu pejabat di Qatar dan diketuai oleh ulama berpengaruh, Yusuf al-Qaradawi, 88, me­rayu supaya umat Islam supaya meneruskan protes aman bagi membantah penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW.

Kartun terbaharu Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam Charlie Hebdo baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencetuskan bantahan di Asia, Afrika dan Asia Barat.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin, persatuan berkenaan menyebut bahawa perlu ada perlindungan untuk para nabi. Organisasi itu juga menggesa negara-negara Islam menyerahkan satu draf undang-undang kepada PBB supaya mengharamkan penghinaan agama.

“PBB perlu mengeluarkan undang-undang bagi mengharamkan penghinaan agama, para nabi dan semua tempat suci,” menurut persatuan itu dalam kenyataannya.

Kenyataan sama meminta Barat melin­dungi masyarakat Islam daripada sera­ngan sama ada mereka merupakan warga negara atau penduduk ataupun pelawat.

Menurutnya, kartun Charlie Hebdo itu menyokong dakwaan bahawa Barat sebenarnya menentang Islam dan akan mencetuskan lebih banyak kebencian dalam kalangan orang Islam. –AFP

Tags: PBBulama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

Setinggi Mana Pun Kedudukan, Perlu Dengar Pesan Tuan Guru, Ulama – PMX Anwar

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR – “Setinggi mana pun kedudukan seseorang, kita tetap perlu merendah diri di hadapan ilmu.” Itu penegasan Perdana Menteri,...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd