• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar Kerajaan Negeri Sembilan Rayu Kes Transgender

oleh AK-47
28/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGI tadi, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan lima Majlis Agama Islam negeri lain untuk mencelah dalam kes lelaki transgender yang dibenarkan berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan.

Kemudiannya, mahkamah tersebut membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri (MANIS) itu untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu kerana kerajaan Negeri Sembilan dan MANIS mempunyai kepentingan langsung dalam kes berkenaan.

BACA JUGA – Seksyen 66 Terbatal, Kemenangan Untuk ‘Mak Nyah’ Nogori

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang difailkan oleh tiga jurusolek pengantin – Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membenarkan permohonan itu dan menggesa ianya disegerakan kerana melibatkan kepentingan awam.

Permohonan pagi tadi ditolak oleh barisan panel hakim yang sama.

Lima Majlis Agama Negeri yang memohon untuk mencelah itu ialah Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Ketika prosiding kes transgender berkenaan tahun lepas, panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa peruntukan itu menimbulkan diskriminasi terhadap lelaki Islam yang mengalami keadaan dikenali sebagai Kecelaruan Identiti Jantina (GID) dalam perubatan.

Mohd Hishamudin berkata Seksyen 66 yang menghukum lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat-tempat awam, tidak memberikan pengecualian untuk penghidap GID tetapi mengabaikan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil meletakkan mereka tertakluk di bawah penguatkuasaan undang-undang.

Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman yang menolak permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai melanggar perlembagaan.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, Muhamad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol menamakan kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan sebagai responden. -MYNEWSHUB.CC

Program Eksklusif Mak Nyah, Halalkah Aku? – Bahagian 1

Program Eksklusif Mak Nyah, Halalkah Aku? – Bahagian 2

Tags: kes mahkamahNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd